Saturday, September 10, 2022

Property Malaysia

Property Malaysia

Property Malaysia

Property Malaysia

Terdapat 3 jenis pegangan hartanah:-
  1. Pegangan milik bebas (freehold),
  2. Pajakan (leasehold), dan
  3. Hakmilik Sementara (boleh jadi freehold atau leasehold).
Property Malaysia, Freehold, Leasehold, Real Estate, Property, Properties, Malaysia

Freehold atau pegangan bebas bermaksud anda mempunyai hak ke atas pemilikan hartanah sampai bila-bila. Ini juga bererti anda boleh memindahkan hartanah kepada anak-anak atau sesiapa sahaja tanpa had tempoh dan waktu. Freehold (pegangan bebas) merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal)

Leasehold atau pegangan pajakan, ertinya anda bukanlah pemilik sepenuhnya hartanah tersebut. Anda hanya memajak untuk satu jangka masa yang lama. Leasehold atau pegangan berstatus pajakan merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan, kebiasaan 99 tahun. 

Hakmilik Sementara, ia boleh jadi pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold), dan ia boleh dirujuk dalam dokumen hakmilik.
Walaupun Hakmilik Sementara bukan dokumen hakmilik muktamad, ia tetap sah digunakan menurut segala butiran yang tercatit dalam dokumen itu, sehingga hakmilik muktamad dikeluarkan.


No comments:

Post a Comment